USD Exchange Counter Rate


To save your family, buy gold.
To help our nation, keep gold.
To follow your religion, use gold.

SEJARAH HARGA PG

Isnin, April 18, 2011

EMAS PEMANGKIN PEMBANGUNAN UMMAH

SIMPANAN YANG SEBENAR
nilai yang stabil, penyelamat diwaktu sukar, kalis inflasi, mudah cair, kalis manipulasi, risiko rendah, diiktiraf seluruh dunia..

Simpanan Emas Keluarga Harmoni....
Manfaat simpanan emas dalam bentuk bar @ jongkong bukan lagi omongan kosong ketika ini. Malah, kewujudan pelbagai syarikat jualan emas di Malaysia membuktikan bahawa ia adalah antara alternatif pelaburan yang semakin mendapat tempat di hati pengguna terutama komuniti Melayu Islam.
Pengguna yang bijak tidak akan melihat emas atau dinar ini sekadar seketul logam berwarna kuning. Secara kasar, mungkin ada segelintir daripada masyarakat kita yang menganggap aset berbentuk emas bullion (jongkong) ini cuma boleh dimiliki golongan elit yang tentunya berpendapatan tinggi.
Bagaimana pula dengan golongan berpendapatan rendah?....
Perspektif sebegini seharusnya diubah kerana emas sejak dulu lagi sudah terbukti sebagai penyimpan nilai tunai serta mampu memberi keuntungan kepada pemilik dari aspek kenaikan harga. Bahkan sama ada sedar atau tidak, melalui emas, umat Islam mampu menunaikan rukun Islam yang keempat(menuaikan zakat).
Kekuatan emas dari perspektif ini cukup kuat berbanding penggunaan wang kertas secara konvensional. Dalam erti kata lain, zakat dapat dilaksanakan tanpa kekangan sekiranya semakin ramai masyarakat melayu Islam di negara ini memahami konsep asas penyimpanan emas yang membantu menaikkan taraf hidup umat. Sebagai contoh, apabila ramai yang berupaya menunaikan zakat, maka lebih ramailah golongan daif atau miskin yang dapat dibantu.
Situasi ini sekiranya berlangsung berterusan, ia diyakini mampu menaik taraf hidup umat Islam di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BAGAIMANA NAK UNTUNG MEMEGANG EMAS DENGAN MENJUAL KEUNTUNGAN SAHAJA..?




Salam kilauan emas buat semua,

Disini saya berikan contoh kiraan bagaimana kita mahu menikmati keuntungan emas dgn menjual keuntungan melalui menjual fizikal emas ditangan.

Pemegang emas fizikal boleh menjual sebahagian emas ditangan utk menikmati untung.

Sila rujuk jadual di atas.

Katakan, anda membeli jongkong emas pulic gold 20gram pada 23/08/2009 sebanyak 10 unit.
(RM 2276 X 10 = RM 22,760)

Kemudian pada 12/01/2011, anda hendak menikmati untung kenaikan emas. Harga semasa pada tarikh ini ialah RM 2,968.
(Jika kita hendak jual, syarikat akan kira pada harga WEE BUY).
(RM2,968 X 10 = 29,680)

Maka, keuntungannya ialah RM 29680 - 22,760 = RM 6,920.
Kita boleH jual keuntungan kita sahaja. RM 6,920/2276 = 3.04 unit gold bar.
Jadi anda boleh jual 3 unit gold bar 20g.
(Keuntungan kenaikan nilai emas selama 1 tahun ialah 30%)

Sangat menguntungkan berbanding ASB. (ASB 8% setahun)

Fikir-fikirkan.

Hubungi saya untuk mendapatkan penjelasan tentang pelaburan emas fizikal ini.


Bila Masa Yang Sesuai Untuk Membeli Emas

Harga emas di pasaran adakala naik adakala turun. Kalau ditanya pada sesiapa pun, kebarangkalian mereka jawab bila ada duit atau harga emas turun. Sebenarnya ada beberapa faktor lain yang harus kita ingat bila masa yang sesuai untuk membeli emas. Antaranya:

Faktor Pertama – Jika berlaku sebarang acara terbesar di Cina, India atau negara lain yang sinonim dengan Emas, ianya adalah waktu terbaik untuk anda beli emas sebelum acara tersebut. Harga emas naik ketika Piala Dunia di Afrika Selatan, Olimpik di Beijing dan Sukan Komanwel di India baru-baru ini.

Faktor Kedua – Anda boleh melihat keadaan ekonomi dunia sebagai rujukan. Jika harga Dollar semakin jatuh harga emas akan naik.

Faktor Ketiga – Keempat, berapakah pengeluaran emas semasa , jika pengeluaran emas di lombong semakin rendah, harga emas akan naik.

Faktor Keempat – Apakah Landskap ekonomi sekarang, harga emas akan naik ketika ekonomi dalam keadaan jatuh, seperti kejatuhan ekonomi dunia, kejatuhan matawang dollar dan sebagainya, seeloknya anda beli ketika ekonomi bergerak perlahan.

Jenis emas terbaik untuk anda buat pelaburan adalah emas 24 karat atau orang tua di kampung lebih senang memanggilnya emas sepuluh atau emas 999. Bagi Emas 916 pula peratus susut nilainya lebih tinggi berbanding emas 999. Emas putih pula susut nilainya sangat tinggi dan harus di elakkan sekiranya ingin membuat pelaburan.


KENALI EMAS

MENGENALI EMAS : Emas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Emas merupakan logam lembut, berkilat, berwarna kuning, tumpat, mudah ditempa, mulur, logam peralihan ( trivalen dan univalen ), dan stabil, iaitu tidak bertindak balas dengan kebanyakan bahan kimia. Walau bagaimanapun emas boleh diserang oleh klorin, fluorin dan akua regia. Logam ini selalunya hadir dalam bentuk ketulan nugget di dalam batuan dan longgokan aluvium. Emas juga merupakan salah satu logam untuk pembuatan duit syiling.

Emas digunakan sebagai piawai mata wang untuk banyak negara dan digunakan dalam industri barang kemas, pergigian, dan elektronik. Kod matawang ISO bagi emas ialah XAU.
Testimonial PDF Print E-mail
“I am very happy with Public Gold because they provide us with an opportunity to invest in precious metals.
When other investment failed, the best investment is precious metal especially gold and silver.
By investing in gold and silver, we are not only enjoying the price appreciation of gold and silver but we can also protect our wealth.
Public Gold also offer competitive prices for their product compared to gold shop.
Apart from that Public Gold also provides IT facilities that enable customer to order online 24 hours.
Their service is marvelous and customer is guaranteed to book their purchase according to international price of gold and silver market.
I wish Public Gold best of luck :) “